I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 12, 2011

Anak B

Anak B seibu sebapa dengan Kamawas. Baru seminggu pisah dgn ibu. Belakang dah start lekuk. Kalau ada yg berkenan bolehlah risik2. dlm proses pengosongan reban utk next R&D.

Boleh Jelah 2


Dah dara. Bilalah nak nak jadi mcm aym org selam menonggeng. Camne pun alhamdulillah dgn apa yg ada sbb buat sendiri. Tak selam cuma getar je dan aksesori pn bolehlah. Insyaallah bakal digandingkan dengan Hussin.

Monday, November 7, 2011

Balik Raya


video

Inilah rupa Hussin yang terkini. Dalam usaha penurunan baka. Bosan dengan induk dibandar, Raya Korban tahun ni Hussin beraya di kampung saya di Muar. "Kena tunjuk maco sikit tak awek kampung ni". hehe..agaknye gitulah yang Hussin cakap.

Sunday, October 16, 2011

Al-Fatihah

Setiap yang dihidupkan pasti akan menemuinya kembali. Hari ini genaplah seminggu pemergian Ayahanda saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada bagi rakan-rakan yang tidak jemu mengucapkan takziah kepada saya dan menghadiahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah. Bagi rakan-rakan yang tidak tahu, saya mohon maaf kerana lewat memberitahu atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

Thursday, September 15, 2011

remaja kuning

Anak tunggal Pembaka Kuning + Sri Kasia kini dah remaja. Tak tau nak jadi apa. Masih tinggal bersama anak2 saudaranya. salah sekor anak saudaranya adalah anak tine di post yang lepas. mungkin boleh disatukan bila dah baligh nanti. hehehe. Pembaka Kuning dah mula sakit lutut dan tak boleh panjat induk lagi. harap remaja ni boleh ganti dia.

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya

Diam tak diam, dah hampir sebulan kita berpuasa. Lebih kurang 2 hari sahaja lagi kita nak menyambut hari kemenangan Umat Islam. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan serta peminat serama di seluruh pelusuk dunia ( kalau faham ) dan mohon maaf sekiranya terdapat kata-kata atau tingkah laku yang kurang menyenangkan. Tidak kira samada pada coretan dalam blog ini mahupun ketika kita bersua muka. Mudahan di masa akan datang, hubungan kita akan bertambah erat dan suasana di bon-bon akan lebih meriah lagi. Insyaallah...

Tuesday, August 16, 2011

Boleh jelah

video

Anak tine formula baru. Dilengkapi dengan aksesori menarik, bulu kemas dan tinggi lampai.